Posts tagged “Essence of Leadership

Essence of Leadership, Fumi 1 : Kette o Kudasu (Making Decision)

knowledge_is_light_by_nayzak-d5km8wj

http://www.deviantart.com/nayzak

“Kejayaan seorang Pemimpin Islam itu digambarkan dengan tersusunnya cara dia membuat keputusan.
Negara Islam, Organisasi Muslim dan Keluarga Muslim akan menjadi ikutan yang baik buat seluruh manusia dengan cara tersusunnya kaedah mereka membuat keputusan.
Tapi, malangnya yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya.”

Membuat keputusan itu ibarat sebentuk zamrud,
Warnanya menjadi tarikan seakan gambaran buat sebuah kepimpinan,
Bentuknya yang bersegi menjadi cabang terhadap nilaian keputusan pemimpin itu sendiri,
Tarikan itu bukan dinilai sebelum zamrud itu terbentuk,
Tetapi hasil yang tersergam di depan mata yang menjadi tanda tanya,
Perumpamaan yang berkait rapat dengan keberkesanan setiap keputusan yang dibuat,
Itulah keperluan utama sebagai seorang pemimpin,
Memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat keputusan.

Seorang pemimpin perlu memahami proses berikut :

1. Proses Membuat Keputusan

2. Dia Sebagai Penentu Keputusan Yang Dibuat

3. Keputusan Dibuat Untuk Kebaikan Dunia Hari Ini

4. Keputusan Dibuat Berdasarkan Perspektif Islam
ISLAMIC MANAGEMENT Decision Making 1 - Copy

Tengok yang ini,

ISLAMIC MANAGEMENT Decision Making 1

Pelik kan, elemen ‘perbincangan’ tidak termasuk dalam proses di atas. Kenapa ya?

Berbincang ini tak pentingkah? Adakah keputusan yang dibuat melalui penilaian sendiri itu lebih baik? Atau macam mana sebenarnya?

Jawapan kepada persoalan di atas mudah sahaja, sebab..itu adalah teori non-Islamic. Memanglah biasanya tak ada. Mereka kebanyakannya lebih utamakan pemikiran sendiri  daripada syura (berbincang). Jeng jeng jeng.

Dalam Islam, berbincang menjadi elemen utama sebelum apa-apa keputusan dibuat. Cuba lihat gambar di bawah ini,

ISLAMIC MANAGEMENT Decision making 2

Allah kata dalam al Quran yang mulia 3 : 159 tentang membuat keputusan ini perlu kepada 2 elemen utama.

(Shaya’a Othman Islamic Management Model 2008)

Berbincang’ dan ‘Letakkan Kepercayaan Kepada Allah.’

“….and consult them in the affairs. Then when you have taken a decision, put your trust to Allah….”

Nampak kan?

Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa berbincang menjadi salah satu elemen yang boleh dipraktikkan oleh pemimpin Islam malah disarankan lagi oleh Dia Yang Esa.

Jika anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang pemimpin muslim, maka amat disarankan kepada anda untuk melakukan langkah seterusnya iaitu Solat Istikharah. Solat ini dibuat selepas anda berbincang dengan rakan kerja anda sebelum membuat keputusan yang muktamad.

Kemudian ‘…letakkan KEPERCAYAAN anda kepada Allah..’ dengan cara lain, maju ke langkah yang ke 3 iaitu buatlah Solat Hajat.

Sebagai muslim, 2 langkah tambahan ini perlu dilaksanakan sebelum membuat keputusan. Itu yang akan menjadi simbol perbezaaan dan menunjukkan betapa Islam itu indah. Menunjukkan bahawa kita ini seorang hamba yang sentiasa perlu akan bantuanNya.

ISLAMIC MANAGEMENT DECISION PROCESS

Anda seorang pemimpin? Cuba lihat kembali, adakah anda menggunakan 3 langkah tambahan di atas sebelum anda membuat keputusan?

Kalau ya, Alhamdulillah..

Kalau tak, bermuhasabahlah..

InsyaAllah,

Sentiasalah usaha ke arah kebaikan, kerana rantaian hikmah itu akan tersimpul buat mereka yang Istiqamah.’