Making Decision

Essence of Leadership, Fumi 1 : Kette o Kudasu (Making Decision)

knowledge_is_light_by_nayzak-d5km8wj

http://www.deviantart.com/nayzak

“Kejayaan seorang Pemimpin Islam itu digambarkan dengan tersusunnya cara dia membuat keputusan.
Negara Islam, Organisasi Muslim dan Keluarga Muslim akan menjadi ikutan yang baik buat seluruh manusia dengan cara tersusunnya kaedah mereka membuat keputusan.
Tapi, malangnya yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya.”

Membuat keputusan itu ibarat sebentuk zamrud,
Warnanya menjadi tarikan seakan gambaran buat sebuah kepimpinan,
Bentuknya yang bersegi menjadi cabang terhadap nilaian keputusan pemimpin itu sendiri,
Tarikan itu bukan dinilai sebelum zamrud itu terbentuk,
Tetapi hasil yang tersergam di depan mata yang menjadi tanda tanya,
Perumpamaan yang berkait rapat dengan keberkesanan setiap keputusan yang dibuat,
Itulah keperluan utama sebagai seorang pemimpin,
Memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat keputusan.

Seorang pemimpin perlu memahami proses berikut :

1. Proses Membuat Keputusan

2. Dia Sebagai Penentu Keputusan Yang Dibuat

3. Keputusan Dibuat Untuk Kebaikan Dunia Hari Ini

4. Keputusan Dibuat Berdasarkan Perspektif Islam
ISLAMIC MANAGEMENT Decision Making 1 - Copy

Tengok yang ini,

ISLAMIC MANAGEMENT Decision Making 1

Pelik kan, elemen ‘perbincangan’ tidak termasuk dalam proses di atas. Kenapa ya?

Berbincang ini tak pentingkah? Adakah keputusan yang dibuat melalui penilaian sendiri itu lebih baik? Atau macam mana sebenarnya?

Jawapan kepada persoalan di atas mudah sahaja, sebab..itu adalah teori non-Islamic. Memanglah biasanya tak ada. Mereka kebanyakannya lebih utamakan pemikiran sendiri  daripada syura (berbincang). Jeng jeng jeng.

Dalam Islam, berbincang menjadi elemen utama sebelum apa-apa keputusan dibuat. Cuba lihat gambar di bawah ini,

ISLAMIC MANAGEMENT Decision making 2

Allah kata dalam al Quran yang mulia 3 : 159 tentang membuat keputusan ini perlu kepada 2 elemen utama.

(Shaya’a Othman Islamic Management Model 2008)

Berbincang’ dan ‘Letakkan Kepercayaan Kepada Allah.’

“….and consult them in the affairs. Then when you have taken a decision, put your trust to Allah….”

Nampak kan?

Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa berbincang menjadi salah satu elemen yang boleh dipraktikkan oleh pemimpin Islam malah disarankan lagi oleh Dia Yang Esa.

Jika anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang pemimpin muslim, maka amat disarankan kepada anda untuk melakukan langkah seterusnya iaitu Solat Istikharah. Solat ini dibuat selepas anda berbincang dengan rakan kerja anda sebelum membuat keputusan yang muktamad.

Kemudian ‘…letakkan KEPERCAYAAN anda kepada Allah..’ dengan cara lain, maju ke langkah yang ke 3 iaitu buatlah Solat Hajat.

Sebagai muslim, 2 langkah tambahan ini perlu dilaksanakan sebelum membuat keputusan. Itu yang akan menjadi simbol perbezaaan dan menunjukkan betapa Islam itu indah. Menunjukkan bahawa kita ini seorang hamba yang sentiasa perlu akan bantuanNya.

ISLAMIC MANAGEMENT DECISION PROCESS

Anda seorang pemimpin? Cuba lihat kembali, adakah anda menggunakan 3 langkah tambahan di atas sebelum anda membuat keputusan?

Kalau ya, Alhamdulillah..

Kalau tak, bermuhasabahlah..

InsyaAllah,

Sentiasalah usaha ke arah kebaikan, kerana rantaian hikmah itu akan tersimpul buat mereka yang Istiqamah.’


Constellation of Wisdom, Fumi 1 : Kette o Kudasu (Making Decision)

sunny_day_and_butterflies_by_iekh1_p3-d5qk8gm

http://www.deviantart.com/nayzak

THINK

When you were still a kid.
Everything is possible.

You put the blanket over your back,
then you became a Superman.

You take your mom’s Broom and ride on it,
then you became a Witch.

You climb up the Tree, not knowing that you might fell,
you simply Made it.

You just had an idea and made it happened, because
You Believe.

You were then, creative with strong belief.

As you became adult,
things seems to be a little different.

When you failed in your Exam,
you think ‘I can Never make it‘.

When you have a Brilliant marriage proposal,
then you think ‘maybe it’s not the right time‘.

When you want to start a business,
you think ‘maybe it’s not as easy‘.

When you are already in the business,
you heard someone says do not take risk.

Then, when you have a brilliant idea that,
Can create more jobs for poorer nations,
Can provide a better living for more people,
Can make our nation Proud,
Can help the growth of our nation,
and can create a better world,
and you said ‘ I’m not sure ‘.

You are still creative but with more doubt.

Then years later, you heard someone had the same ideas as yours.

What makes him different from you?

His decision. He puts his Idea into reality.
He’s the Most Promising Creative Young Entrepreneur of the Year.

His decision won him this recognition.

Then you started to think,
How I wished I had made a decision to take an action that years ago.

Think when you were a kid,
If that idea came by when you were still a kid,
Could you decide to take an action?

When back then,
You strongly believe…

It is never too late,
You just need to have an idea and decide to make it happen.

You still can,…if you believe.


Wave of Inspiration, Fumi 1 : Kette o kudasu (Making Decision)

Guess if you can, choose if you dare.’

-Pierre Corneillie-

Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?

Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Kami berbicara bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata.

Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.

Ada bezakah?

sharing_is_caring____by_nayzak-d4k4ud8.jpgwww.deviantart.com/nayzak

Making decision.

Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Lihat sahaja burung dalam video di atas. Sukar membuat keputusan. Makanan yang manakah menjadi pilihan. Jika binatang yang tidak dikurniakan akal pun pening nak buat pilihan, apatah lagi manusia yang katanya Khalifah di dunia awangan.

Membuat keputusan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.

Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.

It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.’

-Elbert Hubbard-

563255_339062176156897_272838702779245_884633_1897441733_n

1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.

Adakah ketika itu kita sedang marah?

Atau sedang sedih?  Kecewa? Geram?

Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?

Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?

Kenapa perlu berbuat demikian?

Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.

ca206778d8a69459762e118afadd2e0d-d2z7vhmwww.deviantart.com/nayzak

Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.

Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks.  Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan. Dah macam maf’ul mutlak pula, baik – kebaikan..~

Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.

AnimeExam

2. Berhenti ‘berfikir’ tentang pilihan anda.

Berhenti berfikir? Maksudnya?
Tidurkah?

Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.

Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.

Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?

Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan ’emosi’ itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep ‘couple’ dan ‘cinta’ dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi. Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.

Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?

Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan.

Tambahan pula, kita tidak perlu membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.

Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan.

Maka, adakah keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?

Tidak.

Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.

‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’

-Paul Clark-

termenung

3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.

Senang cerita, optimis.

Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.

Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?

Semestinya tidak.

Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.

Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara’.

Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’

-Hasidic Saying-

Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.

Yosh!

 

http://www.deviantart.com/nayzak

islam_and_emotions_by_nayzak-d545txn