Interpersonal Skills

The 6cs of Communication in Islam.

Setiap hari dalam hidup kita pasti akan berkomunikasi dengan orang lain sama ada secara face-to-face atau tidak seperti melalui email, chatting, dan melalui penulisan. Tetapi pernahkah anda terfikir, adakah selama ini kita mengamalkan cara berkomunikasi yang betul? =)

Apa maksud komunikasi sebenarnya??

Menurut Webster’s New Collegiate Dictionary, komunikasi bermaksud ” Suatu proses penyampaian maklumat sesama manusia dengan menggunakan sistem-sistem yang menggunakan simbol, isyarat atau perangai.”

Nak bercakap pun perlu ada teknik ke? Sebenarnya perlu, cuma segelintir daripada kita mungkin tidak tahu bahawa ianya penting. Kerana ia melibatkan kehidupan kita seharian.

We can spend almost all day communicating. So, how can we provide a huge boost to our productivity? We can make sure that we communicate in the clearest, most effective way possible. Alright.

01-Islam-and-Comm

^^ A checklist for Clear and Effective Communication. ^^

1. clear

2. concise

3.correct

4.coherent

5.complete

6.courteous

1. Clear(jelas)

Apabila bercakap dengan seseorang, kita haruslah memastikan mesej dan tujuan kita itu jelas. Apakah tujuan anda bercakap dengan seseorang itu? Kalau anda sendiri tidak tahu apa tujuan dan mesej yang ingin disampaikan, sudah tentu orang yang mendengar itu juga sukar untuk faham. Oleh itu, bagaimana untuk memastikan cara percakapan kita itu jelas?? Caranya adalah dengan mengurangkan patah perkataan di dalam suatu ayat. Agar pembaca atau pendengar senang untuk faham maksud yang ingin disampaikan.

“People shouldn’t have to “read between the lines” and make assumptions on their own to understand what you’re trying to say.”

Kemudian, menggunakan bahasa yang mudah difahami. Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

” Jika kamu bercakap dengan manusia dengan sesuatu yang tidak difahami oleh akal mereka maka ia akan menjadi fitnah kepada sebahagian daripada mereka. (HR Muslim)

– BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP –

Nabi berkata, ” Dan janganlah kamu berbicara dengan suatu perbicaraan yang akan membuatkan kamu terpaksa meminta maaf pada esok hari.” 

(HR Ibnu Majah)

images

 2. Concise (ringkas dan padat)

Maksud di sini ialah pastikan komunikasi itu ringkas, –stick to the point and keep it brief ok. Pendengar atau pembaca adakalanya sukar atau lebih tepat lagi malas untuk memberi tumpuan untuk 6 ayat jika anda mampu sampaikan dalam 3 ayat sahaja.

Are there any adjectives or “filler words” that you can delete? You can often eliminate words like “for instance,” “you see,” “definitely,” “kind of,” “literally,” “basically,” or “I mean.”
Are there any unnecessary sentences?
Have you repeated the point several times, in different ways?

3. Correct (benar)

Apabila kita berkata sesuatu dengan tepat dan benar, ianya akan diterima oleh pendengar atau pembaca dengan baik. Ini bermaksud error-free communication.

-Do the technical terms you use fit your audience’s level of education or knowledge?
-Have you checked your writing for grammatical errors? Remember, spell checkers won’t catch everything.
-Are all names and titles spelled correctly?

Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ahzab ayat 70 yang bermaksud, ” Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan bercakaplah perkara yang benar.”

Dan juga Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

Tiga perkara, sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara ini maka dia adalah seorang munafik walaupun dia berpuasa, bersolat, dan mendakwa dirinya seorang Muslim. Iaitu apabila dia bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia tidak tepati dan apabila diberi amanah, dia khianat.”

4.Coherent (berkait atau bersambung)

Ini bererti semua point yang ingin disampaikan itu bersambung antara satu sama lain. Erti kata lain, tidak keluar tajuk. Ia haruslah bertepatan dengan topik utama.

5. Complete (lengkap)

Dalam suatu mesej yang lengkap, kita haruslah memastikan orang yang mendengar atau membaca akan mendapat semua maklumat yang diperlukan, dan sekiranya perlu, untuk di ambil tindakan sewajarnya.

Sebagai contoh,

( Cara yang salah)

Assalamualaikum…

Saya ingin memberikan peringatan tentang perjumpaan kita pada esok hari.

Jumpa di sana.”

Err…sudah tentu tidak jelas maklumat yang ingin disampaikan. Komunikasi sebegini tidak digalakkan kerana maklumat tidak jelas.

– Does your message include a “call to action”, so that your audience clearly knows what you want them to do?

– Have you included all relevant information – contact names, dates, times, locations, and so on?

6. Courteous (sopan)

Courteous communication is friendly, open, and honest. There are no hidden insults or passive-aggressive tones. You keep your reader’s viewpoint in mind, and you’re empathetic to their needs.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud,

” Dengan rahmat daripada Allah kamu berlemah lembut dengan mereka. Jika kamu bersikap keras lagi berhati kasar, sudah pasti mereka akan menjauhkan dirir darimu.”

Komunikasi yang baik susah tentu yang berlemah lembut dan lunak, dan bukannya menengking, mengherdik dan menjerkah. Di dalam Islam sendiri melarang keras perkara sebegini. Subhanallah… Allah amat mencintai orang yang paling baik akhlaknya.

Komunikasi berkesan juga amat ditekankan di dalam Islam.^^

Selain perkara-perkara yang disebutkan di atas,

Allah juga MELARANG kita daripada, ^^

1. Bertutur dengan tutur kata yang haram.

Contohnya ialah mengumpat, memaki hamun, mencela dan menabur fitnah. Allah telah menyebut hal ini di dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud,

” Dan janganlah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati. ” 

tumblr_leuqd0uSdg1qeueda

Imam tarmizi juga telah meriwayatkan daripada nabi, ” Orang mukmin bukanlah orang yangsuka mengutuk.”

2. Perbantahan dalam perbincangan.

WHY??? Kerana ia melambangkan keperibadian yang lemah. 

Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Tinggalkanlah perbantahan kerana hikmah tidak dapat difahami dengannya dan fitnah tidak akan dihindari dengannya.” (HS Tabrani)

Abu Darda’ juga pernah berkata, ” Cukuplah dosa bagimu bahawa kamu suka berbantah-bantahan dengan orang lain.”

Dan, YANG PALING PENTING SEKALI,….

” Mengamalkan apa yang dikatakan”

Allah telah berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?” (Surah As-Saff ayat 2)

Menurut Imam Baihaqi dan Ibn Abi Dunya, Nabi juga berkata,

” Pada malam Israk dan Mikraj aku diperlihatkan tentang satu kaum yang memotong lidah-lidah mereka dengan gunting dari api neraka. Aku bertanya, ‘ Siapakah mereka ini, ya Jibrail?’ Jibrail menjawab, ‘ ereka adalah ahli-ahli pidato dari kalangan umatmu yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan dan mereka membaca kitab Allah tetapi tidak beramal dengannya.”

Allahu Akbar… Berat rupanya komunikasi ini. Sekiranya tidak dipandukan Al-Quran dan Sunnah, pasti pertuturan kita saban hari hanya akan mengundang kemurkaan dari Allah. Na’uzubillah…

Mudah-mudahan apa yang disampaikan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.

 

Advertisements