Archive for April 10, 2013

Solve Your Problem with Iman

 

Image 

 

 

 

WHY PROBLEM SOLVING SKILLS ARE IMPORTANT???

Kerana kita semua perlu membuat keputusan. Sama ada anda seorang pelajar, ibu bapa, ahli perniagaan, atau presiden Amerika Syarikat, anda menghadapi masalah setiap hari yang perlu menyelesaikan. Mungkin anda cuba untuk menyelamatkan syarikat anda, menyimpan kerja anda, atau menamatkan krisis kewangan dunia.

Mungkin anda hanya perlu makan lebih baik atau mencari lebih banyak masa untuk dihabiskan bersama keluarga.Sama ada anda adalah isu besar atau kecil, kita semua menetapkan matlamat untuk diri kita sendiri, menghadapi cabaran, dan berusaha untuk mengatasinya. Tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu ialah terdapat cara mudah untuk konsisten tiba pada penyelesaian yang berkesan dan memuaskan.

 Image

Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup

1. Meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah s.a.w

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu’

2. Mulakan dengan perkara asas

Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara  asas  atau dasar).

Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam  di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan.

Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman. Keperibadian itu  menjadi kenyataan.  Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar.

Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:

“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” 
– Surah al-Baqarah: ayat 219

Advertisements